Hadis Sahl bin Saad As-Saa'idiy r.a:
Rasulullah s.a.w telah bertemu  dengan orang-orang musyrik dan terjadilah peperangan. Semasa Rasulullah  kembali ke pasukan Muslimin dan orang kafir kembali ke pasukan mereka  terdapat seorang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w yang  tidak membiarkan musuh berlalu begitu sahaja. Dia mengejar dan menetak  musuh dengan pedangnya. Sahabat Rasulullah yang lain berkata: Pada hari  ini tiada di kalangan kita yang benar-benar berpuas hati seperti yang  dilakukan oleh Si Anu. Rasulullah s.a.w terus bersabda apabila mendengar  kata-kata itu: Tetapi ingat! Dia tergolong dalam golongan ahli Neraka.  Seorang lelaki dari kaum Muslimin berkata: Aku akan mengikutnya  sepanjang masa. Sahl bin Saad berkata lagi: Lelaki itu telah keluar  bersama-sama dengan Si Anu, apabila Si Anu berhenti ketika berperang  maka dia turut berhenti, ketika Si Anu bergerak pantas maka dia pun sama  bergerak pantas. Lelaki itu telah menceritakan bahawa Si Anu telah  mengalami luka parah. Oleh kerana tidak tahan dengan kesakitan yang  dialami, maka dia ingin segera mati lalu dia telah meletakkan hulu  pedangnya ke tanah lalu menikam dirinya sendiri. Lelaki itu keluar  bertemu Rasulullah lalu berkata: Aku bersaksi sesungguhnya engkau  Muhammad, sememangnya Rasul iaitu utusan Allah. Rasulullah bertanya  dengan sabda baginda: Kenapa dengan kamu ni? Lelaki itu berkata: Lelaki  yang engkau sebut-sebut sebagai ahli Neraka dan kebanyakkan manusia  iaitu sahabat dan pejuang-pejuang mengambil berat tentang hal ini, aku  bersaksi kepada kamu Rasulullah s.a.w tentang Si Anu, aku telah keluar  mengikutnya sepanjang peperangan sehingga aku dapati dia telah luka  parah, dia ingin cepat mati, lalu dia telah meletakkan hulu pedangnya ke  tanah dan mata pedang di antara dua dadanya kemudian dia menekan ke  atas dirinya lantas membunuh dirinya sendiri. Maka Rasulullah s.a.w  bersabda: Ada lelaki yang beramal seperti amalan ahli Syurga sedangkan  dia adalah ahli Neraka. Ada juga lelaki yang beramal dengan amalan ahli  Neraka sedangkan dia adalah ahli Syurga.
RiWaYaT ImaM: Beratnya Hukum Membunuh Diri. Sesungguhnya Sesiapa Yang Membunuh Dirinya  Sendiri Dengan Sesuatu, Maka Dia Akan Diazab Di Dalam Neraka Dengan  Benda Tersebut Dan Sesungguhnya Tidak Akan Masuk Syurga Melainkan Jiwa  Yang Muslim Iaitu Berserah Diri Kepada Takdir Allah.





